Saturday, 15 November 2025

MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI - SURI

Cinta... kadang kita sebagai manusia hilang pertimbangan kerana CINTA
kadang kita terlalu fokus kepada sesuatu yang belum tentu jadi milik kita
kita terlalu mengejar yg didepan
yg berada di depan mata tidak dihargai
bukan kerana mereka tidak sempurna
tapi lumrah manusia
yang tidak pernah cukup dalam sebuah kehidupan

"Mencintai tidak semestinya memiliki..."
bukan kerana kita putus asa
tetapi kita sedar kita bukan sesiapa
untuk hadir sebagai watak utama dalam kisah mereka
kita juga bukan pelakon pembantu yang memeriahkan lakonan
kita hanya orang awam yg sekadar lalu di pinggiran jalan...

Sudah laa... bangkit dari sebuah mimpi
kau tidak akan dapat memilikinya
kerana kita tidak semestinya memiliki semuanyaa
seharusnyaa kau bersyukur dengan apa yg ada di depan mata
seharusnyaa kau menghargai dengan apa yg sudah ada

tidakkah kau penat dengan semua lakonan
dengan kehidupan yang tidak berpijak
sedarlahhh...
kau bukan hanya seorang hamba yang kalah
tapi kau juga seorang watak yang tidak didendang

biarkann cinta itu pergi
kau layak mencintainyaa
tetapi tidak mungkin untuk memiliki....

nota ringkas: aku baru sedar dari sebuah mimpi yg panjang...setelah sekian lama menyepi, kini ku pulang dengan selembar pesanan ringkas dari hati yg sudah berlalu pergi

just call me SURI ;) 

Monday, 5 February 2024

2024

 Assalamualaikum haii

huhaiii dunia 2024

setelah setahun tinggalkan dunia blog

terlalu banyak perkara yg berlaku pada tahun 2023

kalau boleh malas nak ingat balik

biarlahh die menjadi satu sejarah dalam dunia aku


tahun 2024 kembali dgn semangat baru, nafas baru

asrien yg baru....


2024 mungkin ad permainan politik sedikit dalam dunia aku

sedikit yaaa

utk hidup huhuu


2024 jugak masih berkisar soal hubungan aku dgn si dia yg dh lama aku simpan

sejak 2016- 2024

pon ad kisah dia jugk cuma biarlahhh diaaa huhuuu



Thursday, 7 April 2022

kisah 2022

gila berhabuk blog aku. last update 2019 now dah 2022
busy gler dgn kerja, sejak dr owner compny ni hidup ni jd tak teratur. xde masa langsung aku spend untuk diri sendiri. hanya fikrkan hal kerja semata. hmmm

and yess aku blom kawen. aku busy dgn kerja yg tak pernah habis

mana laki aku tuh..yg dlu tuh yg dr 2015 lg tuh
ehh ada je..kami sama sma busy.. nah skrg muncul watak baru gais.. watak yg tak senang.. gedik lahaii huuhuhuu... ntahh laaa mungkin aku je kot yg jelosss.. 

aku perlu kot untk jelos, yg laki tu pon nk kawen nk kawen tapi xkawen2...huhuhuhuu

hari ni 7/4/2022 die blh maarah aku depan pompuan tuh... aku tnya je pon untk kepastian tapi aku yg kena marah... yg pompuan tu buat salah xmarah plak siap halang lagi dari balik suruh stay kat ofis..what the fuckk laaa hohooo...kau faham apa yg perasaan aku skrg... nk nanges tapi itu buat aku jd makin lemah...kannn...so aku tahan untk menangis..mampu ke??? aku perempuan, sekuat mana pon aku aku masih ada perasaan , aku ada hak untk rasa mcm tuh... so better aku mendiamkan diri kann..just follow the flow... sebab apa?? sebab aku dh feduppp...aku dh mlas nk fkir apa2...jiwa aku kosong, hati aku kosong so aku biarkan hati ini kering tanpa rasa sebuah kasih sayang dari seorang LELAKI !!!

Sunday, 15 September 2019

SEDIAKAH AKU BERGELAR SEORANG ISTERI

hujan di Kota Bharu jam 0641 Sept 15 2019
dia ada kat bawah sedang siapkan tempahan cust
aku di bahagian atas sedang fikir keputusan yg terbaik utk hdupku

2 hari lepas aku dh dapat keizinan dari bonda untk berkahwin dgn dia
dan 2 hari ni jugak aku rasa aneh dgn perasaan ini
bersediakah aku untk jdi seorang isteri

besar tanggungjawab seorang isteri ni
bersediakah aku untuk rasa "terabai"
bersediakah aku untuk jaga suami
sungguh aku rasa aneh dgn perasaan ni
perasaan takut
keliru
happy tak mcm happy
lebih kepada risau

aku risau lepas kahwin adakah dia boleh berlaku adil
adakah aku tidak terabai
adakah aku boleh bahagia
dan jika aku berkahwin adakah aku bahagia
adakah aku sanggup menangis setiap malam

sempat lagi kalau aku buat keputusan untuk tidak berkahwin
tp aku sayang
adakah cukup kasih sayang dan cinta boleh bahagiakn aku
adakah aku boleh bersabar dgn dia untuk 30,40 tahun akan datang

dan yg paling penting adakah aku dh bersedia mental dan fizikal
untuk terima apa yg mungkin berlaku lepas ni
semuanya akan berubah
semua akan tahu
malah aku boleh dipulaukan manusia

semoga ada jalan untukku
jauh aku pndangnyaa
jelas die sngt sayang padaku
tp aku...

Wednesday, 22 August 2018

pengorbanan

cinta itu perlukan pengorbanan, dan pengorbanan perlukan keberanian dan keikhlasan.
Aku berani namun sukar untuk aku ikhlas. Aku akui aku sayang tp aku jua akui aku perlu menjauh darinya.

Kenapa??? Inilah pengorbananku. Adakah berbaloi??! Usah difkir lagi kerna Allah tahu apa yg terbaik untuk hambanya. HUSNUZON . Dalam kita mengejar apa yg kita sayang dan cinta mungkin Allah sedang merancang sesuatu yg pling baik untuk diri.

Benar cinta itu perlu diusahakan bahkan perlu diperjuang, namun pengorbanan dlm cinta adalah sebuah pengorbanan yg abadi dan penuh dgn keikhlasan. ;)

Friday, 6 July 2018

dia seorang isteri

dalam suatu kelas di satu universiti awam terkemuka negara, seorang pensyarah muda bertanyakan soalan kepada salah seroang pelajarnya. Dikatakan pelajar itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata yg berumur 1 tahun .

"hari ni sy ingat nak main teka teki laa"- kata pensyarah tersebut kepada pelajarnya.
"kamu yg berada dihujung kelas sana tuh sila bediri, arah pensyarah tersebut kepada seorang pelajarnya yg kelihatan ralit merenung phonenya.

"saya nak kamu listkan 5 orang yg paling kamu sayang ats dunia ni"
pelajar tersebut menurut arahan pensyarah itu.
dalam senarai itu, ayah, ibu, isteri, anak, dan kakak kandungnya.
"okay, sy nak kamu padam dua orang dari list yg kamu tulis td tu"

pelajar itu memadam nama ayah dan kakak kandung beliau.
"ok, kemudian sy nak kamu padam lagi dua orang yg ada dlm list itu"
dengan berat hati pelajar tersebut memadam nama ibu dan anaknya.

seluruh kelas terdiam melihat pelajar tersebut menangis lalu pensyrah bertanya
"kenapa kamu memadam nama ibu dan anak kamu, sedangkan kamu tahu isteri boleh cari lain tapi ibu seroang insan yg mngndungkan dan lahirkan kamu. anak adalah pewaris keturunanmu.
" ibu akan tinggalkn saya , akan pergi utk selamanya apabila meningkat usianyaa, malah anak jua akan tinggalkn sy jika bertemu pilihan hatinya. tetapi isteri yg akan menemani sy sehingga mati. dari usia muda hingga tua akan setia menjaga pakai dan makan sy.''

(July,06- Tiffany)

Friday, 22 June 2018

raya sedih

akan aku cuba jauhkn dri dari mu dan dekatkan dri dengn Allah
dengan cara ini, inshaallah akan ada satu ketenagan unttuk aku

sampai bila nk hidup mcm ni kan...
kau sbenarnya tak mampu

sebenarnya kita memang tak boleh pon kawen
dan aku sudah bersedia fizikal dan mental
jika ini takdir aku terima
aku sanggup berjauhan walau bukn ini yg aku mahukan

aku sanggup tinggalkan apa yg aku syang
demi kebahagiaan drimu

tinggalkan company ni
tinggalkn semuanya dan mulakan hidup baru

akan aku cuba jauhkn dri dari mu
kerna aku sedar cinta kita tak kemana pon

maaflaa lambat laun aku terpaksa pergi jauh
bukan sebab aku benci
tp aku terpaksa tinggalkn da lupakanmu

harap paham laa apa yg aku alami
apa yg aku rasa

mencintai seseorang yg tak patut kau cintai
kita tahu kita tak boleh bersama tp kita teruskan hubungan ni
atas dasar apa, motif apa..
semua ni kerana nafsu semata mata

solutionnya aku jauhkn dri darimu
lupakan mu
kalau aku terus berada depanmu
memang aku takkn dapt lupakanmu smpai bila bila
sedangkan kau langsung tak berusaha untk hubungan ini
dan aku hampir dibuang keluarga
tiada tempat bergantung

aku tak salahkn sapa spa
aku yg gatal nk kann laki org dan aku perlu terima akibatnya

kau yg takot dgn akibatnya nnti
kau tak mmpu tp berlagak mampu
naik mnyampah dgn laki mcm ni..sorry to say laa

MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI - SURI

Cinta... kadang kita sebagai manusia hilang pertimbangan kerana CINTA kadang kita terlalu fokus kepada sesuatu yang belum tentu jadi milik k...