Ini merupakan sebuah kisah bagaimana
seorang mujahadah yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan
sujud dalam solat! Subhanallah! Kisah Best ingin mengingatkan
para pembaca agar sentiasa mendahulukan Allah dalam apa kerja yang sedang
dilakukan. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT.
InsyaAllah. Mari kita susuri kisah yang hebat ini.
Selepas
melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai
pakaian pengantin putih
yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri,
kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah
terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu
dan solat ‘Isyak “
Ibunya
terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu!
Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah
ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika
kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”
Anak
perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga
saya melakukan solat!Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada
mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”
Ibunya
berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan
sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka!
Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “
Sambil
tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak
cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya
bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di
mata-Nya “
Dia mula
berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia,
di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk
sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!
Ya!
Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah
yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar
cerita ini begitu tersentuh!!
Beliau
mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan
hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada
mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!
Dia mahu
menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana
umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!
Dia tidak
peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha
Pencipta!
Wahai
saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan
lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?
Wahai
sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit
seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan
datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia
untuk saat itu?
Wahai
muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah
dengan memakai hijab?
Adakah
kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?
[Diceritakan
oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di
Arab Saudi)]
Sumber: Myberita


No comments:
Post a Comment