Tatapan
mata
Melihat tatapan mata lelaki
merupakan salah satu cara paling mudah untuk menilai samada seorang lelaki itu
tertarik pada seorang wanita atau tidak. Jika matanya menunjukkan keramahan,
mesra dan menggambarkan ketulusan, ertinya dia merasa senang bersama wanita
tersebut da dapat bergaul mesra. Begitu juga jika dia merenung tepat ke arah mata anda. Nah. Itu adalah makna
positif kearah permulaan sebuah perhubungan.
Berdiri
dengan kedua kaki agak terpisah.
Jika seseorang lelakii itu
berdiri dengan meletakkan kaki sedikit terpisah menunjukkan lelaki itu
merasakan diri mereka lebih hebat, yakin dan menarik. Jadi bila wanita
berhadapan dengan keadaan seperti ini, ini beerti si dia seang cuba menarik perhatian anda.
Menyisir
rambut dengan jari
Bukan wanita sahaja yang
menggunakan gerakan bermain-main, memintal atau menyisir rambut untuk
menyatakan sesuatu kepada lawan bicaranya, lelaki juga ada yang begitu. Bila si
dia menyisir rambutnya menggunakan jari-jarinya terutama hujung rambut di
belakang telinga, itu tandanya si dia tertarik pada anda.
Senyum
lebar
Jika si dia tersenyum lebar pada
anda, malah hingga menunjukkan garis tawa, ertinya dia tertarik dengan anda dan
mahu sentiasa berada disisi anda. Tapi awas, pastikan anda mengetahui maksud
senyumannya itumenerusi jenis-jenis senyuman.
Jaga
jarak
Kita semuanya tentunya memiliki jarak peribadi bila dekat dengan orang
lain. Namun, sering kali hal ini
diabaikan saat kita berdekatan dengan
orang yang kita suka. Jadi, ketika seseorang lelaki berusaha mendekatkan diri
ke arah anda dan ingin berada serapat yang mungkin dengan anda, itu maknanya
dia ingin menunjukkan keprihatinannya terhadap apa yang anda katakan.
Bermain
dengan pakaian
Sekiranya seorang lelaki itu
melakukan tindakan menggulung, melipat lengan kemeja atau membuka butang baju
kemeja, itu bermakna si dia memang berasa aman, senang, dan selesa dengan anda. Reaksi seperti itu jugamenggambarkan
bahawa dia berusaha meluangkan sebanyak mungkin waktu untuk berada bersama-sama
anda.
Angguk
kepala
Kebiasaannya, seorang yang
mengangguk kepala bermakna faham mahupun jelas, tetapi apabila jejaka asyik
menganggukkan kepalanya semasa berbual, itu melambangkan mereka seorang yang
sangat mengambil berat dan sentiasa memikirkan kamu.


No comments:
Post a Comment