Sunday, 29 September 2013

wanita yg baik

~> Solat fardhu cukup 5 waktu.
~> Menutup aurat dengan sempurna.
~> Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
~> Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
~> Boleh melahirkan ramai zuriat.
~> Mahar perkahwinan yang rendah.
~> Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
~> Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
~> Pandai memasak.
~> Menghormati ibubapa.
~> Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..

Saturday, 28 September 2013

petua awet muda mengikut islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Psst: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda 

Sunday, 22 September 2013

untuk separuh hatiku :D

kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan ALLAH
kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun kerana ALLAH yang rancang
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga ALLAH yang beri
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang aturkan
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana ALLAH sayang sama kita
kita berjauhan untuk mencapai redhaNYA juga DIA yang rancang
kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga ALLAH ynag detikkan dalam hati kita
dan ketahuilah samada hubungan kita akan berkekalan sehingga kesyurga atau terputus ditengah jalan juga ALLAH yang tentukan
jadi usah risau wahai separuh hatiku......
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH  di LUH MAHFUZ untukku
INSHAALLAH kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa..

Sunday, 15 September 2013

3 sifat buruk bg lelaki tp baik bg perempuan

Saidina Ali ada berkata,

"Ada 3 sifat BURUK bagi LELAKI, tapi BAIK bagi WANITA ialah :
1) Al-Bukhlu : KEDEKUT..
- Wanita yang kedekut pasti akan menjaga harta suaminya dengan baik.

2) Az-Zuhu : SOMBONG..
- Ini kerana, seorang wanita tidak akan melayan orang secara sebarangan. Jadi, suaminya tidak perlu merasa cemburu terhadapnya.

3) Al-Jubnu : PENAKUT..
- Ini kerana wanita yang penakut tidak akan keluar dari rumahnya dan akan mentaati suaminya."

p/s : Pasangan di bawah ini bukan saja medambakan kebahagiaan dunia semata, namun kebahagiaan akhirat, kampung abadi di sana juga...

Saturday, 14 September 2013

jagalah hatinya :)


Hati Wanita Itu Ibarat Sekeping Kertas .. 
Apabila Kamu Tidak Berhati-Hati Ketika Menjaganya ..

Maka Ia Akan 'Remuk' 

Dan .. 
Apabila Kamu Semakin Mengabaikannya ..

Akhirnya Ia Akan 'Terkoyak' .. Meskipun Koyakkanya Hanya Sedikit..Tapi Memberi Kesan Yang Sangat Mendalam 

Dan Akhirnya Sudah Tidak Berguna Walaupun Kamu Untuk Cuba Menampal Kertas Itu Ataupun Sebagainya ...


# Jagalah Hatinya .. 

Sunday, 8 September 2013

dalam dilema

masuk sem baru lain plak cternye..
xhbs2 ngn cinta cinta dan cinta..
ingt balik kg dapt jgk rehat n tengkn fkiran tapi lain plak jadinya
lamaran darinya aku terpkse tolak
bukan kehendak ku dn family
bukan harta yg kukejar tapi kasih sayg yg dapt buat aku hepy
tapi kau hnye berlandaskn nafsu semata2
pilihan family ada kalanya baik
namun ad jgk sebaliknya
yg penting tnye hati n buat solat istikharah
mybe akn ad bercinta selepas kawen
...................................................
sem ni satu bilik ngn rommate baru n still coursemate aku
geng tourism n tetap berda d annasai
sayg bnar kat annasai ni ea
sem 3 laen cter
laen jgk perangai
ape yg berlaku sem lpas buat aku sedar bahwa jgn mudah percye kata2 sang lelaki
kerna itu hnye buat kite sedih...
tp xla sedih sngt pon
xpew la senget2 ku..
akan ada hukum karma
kau mnyakiti hatiku
suatu hari org yg plaing kau sayg akn buat bnde yg sme kat kau
tgk jer la nnti
so aku xheran langsung pon....
berfikir dengn tenang bertindak penuh matang....
aku adalah aku n tetap asrien nur yg sme walau sem dah berubah
be yourself n sentiase senyum walau ada masalah
werrkkk :p

Friday, 21 June 2013

^_^ .........senyumlah kerana Allah

Cinta yang tidak halal tidak akan pernah bahagia walaupun sekuat mana kita pertahankan, selama mana kita bersama. Yang bahagia, cinta selepas kahwin. Cinta yang halal. Cinta yang penuh keberkatan… tapi cinta selepas kahwin takkan bahagia tanpa niat kerana Allah dan tanpa pengorbanan,keikhlasan, kejujuran dan kesetiaan sesama pasangan....

^_^ .........senyumlah kerana Allah

MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI - SURI

Cinta... kadang kita sebagai manusia hilang pertimbangan kerana CINTA kadang kita terlalu fokus kepada sesuatu yang belum tentu jadi milik k...