1. Sekurang-kurangnya
ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia
ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah
kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan
kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda
sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak
akan hidup bahagia.
8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi
anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat
besar, ada hikmah di sebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan,
fikirlah semula, mungkin anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai
peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,
tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan
memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima.
Lupakan segala maki hamun, caci dan cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda,
anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah
masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit
diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk
menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.
#Jadi, hargailah orang di sekeliling anda.. hanya
anda yang mampu mengubahnya.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI - SURI
Cinta... kadang kita sebagai manusia hilang pertimbangan kerana CINTA kadang kita terlalu fokus kepada sesuatu yang belum tentu jadi milik k...
-
Cinta... kadang kita sebagai manusia hilang pertimbangan kerana CINTA kadang kita terlalu fokus kepada sesuatu yang belum tentu jadi milik k...
-
dari tiga bulan kini tinggal tiga hari sebelum aku melangkah kluar dr sini pahit dan manis aku dsini tentang kita tentang kerja nicky...
-
hheeee....hari ni ttbe rasa lain mcm. padahal baru jer jumpe bdk gemok nie. die cakap mungkin lepas ni sush da nk jumpe. jumpe time konvo...
|
|
|


love it
ReplyDelete