Thursday, 21 November 2013

Program Mobiliti UUM & UMT @KEDAH_LANGKAWI


mse ni otw pegy kedah uum...bdk2 tourism ni bkn men suke lagi bile blh jalan2...


tgk bdk sbelh aku nim...artis umt tu...nurul fitriah ank menteri tganu...hehhehee


nie plak top player uum...tgk lah body die nim..cntik bukan..xlwan aku ni yg gmok..heee :p


nie aku men glof...cam pelik jerkk..hahahaa..xkisah lah yg pentg ad pengalaman baru.... :D


barisan pemain glof tersohor yg didatangi khas dari umt ke uum..heheeee


lepas kitorg men glof kat kelab glof uum....kitorg bergerak ke taman rusa milik uum...xdinafikn lagi bahwe uum sememangnya sebuah ipta yg besar...ckup dgn fasiliti...kami mnghbiskn mase dgn bermain2 dgn rusa peliharaan uum nie....best :)


haaa ni cek nk knalkn kwn2 cek ni....ehemm....cakp utara lak...baru balik uum kan..ckp kedah lahh..heeee
nie nurul fitriah a.k.a fit artis umt dan kat tgah tue kak suziana bakar...


then kami pusing2 uum naik beskal...beskal couple...heeeee
malam tu trus xblh tdow sbb sakit kaki...


hari kedua....
hari ke2 bermula dengan melawat homestay jeruju di kg jeruju,kedah.....
mase ni kami photoshoot kat bendang....nice temptnye,,aku suke sangt..
alahh sme ngn kg aku jgk lahh tapi kat kg depa bnyak sawah padi....credt to strawberry ....cntik pic nim :)


tgh pnas pon gedik nk brgmbr...biarlahh teamn suke bergmbr ni..heeee mohon jgn jelosz :p


jalan2 kat kg jeruju... kami semua dilayan dgn baik dan mesra...
bersme aku ni dari kiri miss FIRA,HASMA, KAK MIZA....yg kat belakg pgang payung tue bdk klas aku pggl ZURA kepoh...bnyak mulut kot bdk bertuah ni..hehee


haaa mase ni kami pegy rumah salah serog penduduk kg jeruju ni...keluarga rumh ni mnjlankn perniagaan belacan...besar bapak kau belacan tu...dan baunye harummmm....heeee


berseleranya makan....tahu x ape bnde aku mkn tue...tue lahh kuih karas....sedap..aku sempat bertnye mak cik tu bahan2 nk buat kuih karas..heee mcm lah aku nk buat kan..
senang jerk...just tepung beras, garam, gula dan sedikit air..thas all....
tempurung yg dgunakn dibuat sndri....unik kan..untuk maklumat lanjut sila pegy sndri lah kat kg jeruju tu....rasai sendri kelazatan dan keranggupan kuih karas tue

ni lah mak cik yg buat kuih karas tue....


sebelum balik...kami sempat bergmbr kenangan dgn ketua kampung homestay jeruju.....terima kasih yg terhingga sbb sudi masak dan melayan kami dgn baik dan mesra.... :)


lepas solat jumaat..kami bertolak ke muzium padi....bnyak faedah yg kami dapt bila melangkah kn kaki ke tempat nie....nmenye muzium padi..mesty lah banyak padi...aku dapt kenal pelbgai jenis padi yg dipmerkn dsni...tiket hnye rm5..murah bukan..so ajaklh keluarga korg pegy melawat muzium padi..






bermulalah hari ke3...kami bgun2 awal2 pagi untuk kejeti kuala perlis....
kami singgah makan di restoran abey. dmne restran diusahakn oleh keluarga yg berasal dari siam....msakn pon sedap sngt..hrge pon berpatutan...
asalnya kami nk naik cable car tapi sayg tbe2 progran xdpt dijalnkan ats sebb tertentu..so kitorg pon pegy lahh KILIM GEOFOREST ...best lah tempt ni..blh tgk burung helang secre live. sampainya disana.. kami diagihkn keberapa kumpuln..bot yg kami naiki hnye blh muat untuk 7hngga 8 org shj....kami bergerak dalm satyu kmpuln iaitu DR AZIZUL, KAK ANA, FIT, KAK WANI. JANA. NORZIE,LINA, EPUL dan 2org ajk dari UUM.....first kami pegy ronda2 naik bot laju untk tgk burung helang....
then kami bergerak ke tempat sangakr ikan..


haa ni lahh HUSIN si ikan pari...aku sempat bermain dgn sihusin yg mnja nie...heheee



then  kami bergerak ke gua kelawar...


haa ni lah gua kelawar...aku dh masuk....best lah jgk..
then kami pegy shopping kat HAJI ISMAIL GROUP...borong coklat lah jwabnye..heeee


gmbr ni lkat jety...nk berpisah dh ngn bdk2 uum..ad ms kite jumpe lagi ea...thanks uolllllll...
byee uum...3hari 2malm















UNIVERSITY MALAYSIA TERENGGANU


UMT pda waktu malam..... :D

tbe2 teringat si die yg poyo

aku tahu aku xblh jadi ape yg kamu nak
aku tahu aku xlyak untuk kamu
dah knp tbe2 rndu die nim..
bhye la perasaan nie..yg pentg sekrg aku ad seseorg yg blh buat aku bahagia..inshaallah
huhuuu....luekn die yg sellau buat kamu sedih
wakeup..sedarlh bhwe ad lg org yg blh buat kamu hepy
btol x....aku tahu kamu suke sngt bace blog org kan..
dlu kamu dapt tahu masalh org pon melalui blog..
thats why lah aku luah perasaan kat sni.. :D

Sunday, 29 September 2013

wanita yg baik

~> Solat fardhu cukup 5 waktu.
~> Menutup aurat dengan sempurna.
~> Pandai menjaga tuturkata daripada perkataan yang keji seperti mengumpat, cakap kasar, tinggi suara dsb.
~> Mempunyai sifat keibuan dan penyayang.
~> Boleh melahirkan ramai zuriat.
~> Mahar perkahwinan yang rendah.
~> Pandai menjaga adab pergaulan dan kehormatan diri.
~> Mempunyai sifat malu dan lemah lembut.
~> Pandai memasak.
~> Menghormati ibubapa.
~> Sentiasa berusaha menjadi solehah dari sehari ke sehari walaupun dia jenis biasa-biasa saja..

Saturday, 28 September 2013

petua awet muda mengikut islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Psst: Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda 

Sunday, 22 September 2013

untuk separuh hatiku :D

kita berkenalan secara tak sengaja adalah perancangan ALLAH
kita berkawan begitu lama bertahan persahabatan kita pun kerana ALLAH yang rancang
kita dikurniakan rasa suka antara satu sama lain juga ALLAH yang beri
kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang aturkan
kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga kerana ALLAH sayang sama kita
kita berjauhan untuk mencapai redhaNYA juga DIA yang rancang
kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing juga ALLAH ynag detikkan dalam hati kita
dan ketahuilah samada hubungan kita akan berkekalan sehingga kesyurga atau terputus ditengah jalan juga ALLAH yang tentukan
jadi usah risau wahai separuh hatiku......
andai kamulah jodoh yang ditetapkan ALLAH  di LUH MAHFUZ untukku
INSHAALLAH kita akan bertemu juga walau dipisahkan dengan jarak dan masa..

Sunday, 15 September 2013

3 sifat buruk bg lelaki tp baik bg perempuan

Saidina Ali ada berkata,

"Ada 3 sifat BURUK bagi LELAKI, tapi BAIK bagi WANITA ialah :
1) Al-Bukhlu : KEDEKUT..
- Wanita yang kedekut pasti akan menjaga harta suaminya dengan baik.

2) Az-Zuhu : SOMBONG..
- Ini kerana, seorang wanita tidak akan melayan orang secara sebarangan. Jadi, suaminya tidak perlu merasa cemburu terhadapnya.

3) Al-Jubnu : PENAKUT..
- Ini kerana wanita yang penakut tidak akan keluar dari rumahnya dan akan mentaati suaminya."

p/s : Pasangan di bawah ini bukan saja medambakan kebahagiaan dunia semata, namun kebahagiaan akhirat, kampung abadi di sana juga...

MENCINTAI TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI - SURI

Cinta... kadang kita sebagai manusia hilang pertimbangan kerana CINTA kadang kita terlalu fokus kepada sesuatu yang belum tentu jadi milik k...